Tahukah Anda Isu Rasuah Taib Mahmud Pihak Luar Negara Telah Bekukan Aset Raja Sarawak dan Keluarga?
Kenapa luar negara boleh nampak isu rasuah Taib Mahmud berbanding negara Malaysia? Tentu anda tahu yang ahli politik BN pun menyokong sebab makan RASUAH. Lepas itu baru SPRM datang nak menyiasat Taib Mahmud.
Sebuah lagi NGO yang berpangkalan di Eropah terus mengenakan tekanan kepada pihak berkuasa untuk membekukan aset-aset milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Gambar Taib Mahmud - Isu Rasuah Tidak Gugatnya Kerana Berkuasa Di Sarawak
Dalam kenyataan media hari ini, NGO Switzerland Dana Bruno Manser berkata pihaknya telah menulis kepada canselor Jerman meminta campurtangannya agar membekukan aset milik Taib Mahmud dan keluarganya kerana rasuah pembalakan. Surat rasmi itu dibuat dengan kerjasama dua lagi NGO lain iaitu - Persatuan Penduduk Terancam dan Rettet den Regenwald.
Gambar Taib Mahmud Disokong Pihak Kerajaan Walaupun Kuat Makan Rasuah
“Kami minta kerajaan Jerman menjelaskan hubungan perniagaan antara Deutsche Bank dengan Taib dan minta supaya semua aset Taib (pertama dari kiri) di Jerman dibekukan.
"Kami amat prihatin kerana sebagai sebuah institusi perbankan utama di Jerman, Deutsche Bank bekerjasama dengan seorang perasuah (Gambar Taib Mahmud).
"Kami berpendapat kerjasama ini tidak boleh memberikan kepentingan kepada kerajaan Jerman, yang secara antarabangsa memupuk cara menangani rasuah,” tulis NGO Switzerland itu.
Sambil merujuk Taib Mahmud sebagai 'pencuri besar' utama di Asia Tenggara, Dana Bruno Manser mendakwa Deutsche Bank menjalankan urusniaga bagi kedua-dua kerajaan negeri sarawak dan juga syarikat yang berkaitan dengan keluarga Taib Mahmud.
P/s: Penulis tidak terkejut dengan isu rasuah Taib Mahmud, yang mengejutkan kenapa pihak luar negara mampu membeku aset si RAJA SARAWAK ini? Mana kreditibiliti SPRM dan pihak kerajaan untuk menangani isu rasuah di Malaysia? Semua hanya retorik, yang jerung dilepaskan, kalau dapat pun sekadar nak lepas batuk ditangga. Alahai.. nasib negara Malaysia kena macam-macam bala.


No comments:
Post a Comment