Isu Air Di UUM: Masing-Masing Persalahkan Orang Lain Isu Air Di UUM: Masing-Masing Persalahkan Orang Lain | Isu Kerajaan Malaysia

Search This Blog

Wednesday, June 15, 2011

Isu Air Di UUM: Masing-Masing Persalahkan Orang Lain

 Isu Air Di UUM: Masing-Masing Persalahkan Orang Lain

Merujuk kepada masalah isu air di Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya diatasi sepenuhnya oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) apabila syarikat air itu berjaya membekalkan sebanyak 14 juta liter air kini.

Demikian diberitahu oleh Pegawai Perhubungan Awam SADA, Encik Rofedi Sulaiman kepada Warta Darul Aman.


SADA Bekal Air Mengikut Keperluan Sahaja

Menurutnya, apabila Loji Air Padang Sanai mula beroperasi pada 15 Mei lalu, sebanyak 35 juta liter air sehari  dapat disalurkan ke Bukit Kayu Hitam, Sintok dan UUM. Manakala 15 juta liter untuk sedikar Durian Burung dan Padang sanai.

“Di UUM sahaja pada mulanya kita melepaskan 12.5 juta liter (sehari) tetapi kini sudah meningkat sehingga 14 juta liter (sehari), sedangkan anggaran keperluan di UUM hanya sekitar 10 juta liter sehari,” ujarnya.

SADA Isu Air UUM
SADA Cuba Lepas Tangan Isu Air Di UUM?

Seperti dijangkakan, katanya, apabila air dalam kuantiti yang besar dan tekanan yang kuat disalurkan ke UUM, maka berlaku kebocoran paip di dalam kampus yang diakibatkan sistem saluran yang lama tidak berganti.

“Semua masalah yang berlaku dalam kampus diatasi oleh pihak UUM sendiri, kerana itu tanggungjawab mereka dan tugas SADA hanya membekalkan air dalam kuantiti yang mencukupi,” katanya.


Kenyataan Naib Canselor UUM Berhubung Isu Air

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Dato’ Mohamed Mustafa Ishak dipetik sebagai berkata, segala masalah infrastuktur dalaman sedang diatasi manakala tangki-tangki baru akan dibina mengikut keperluan.

Isu air di UUM menjadi agak ‘panas’ sebelum ini ekoran pihak-pihak terbabit mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan diri masing-masing walaupun masalah terus berlarutan. Kini dengan selesainya masalah tersebut, semua pihak bersyukur dan boleh menarik nafas lega.

P/s: Masing-masing cuba hendak persalahkan orang lain dalam isu air di UUM ini. Yang menjadi mangsa siapa? Bukankah rakyat dan pelajar UUM itu sendiri? Cubalah cari langkah penyelesaian yang terbaik, pergi mana orang bijak pandai di Kedah ni?

Isu Air Di UUM: Masing-Masing Persalahkan Orang Lain

No comments:

Post a Comment