Isu Air Di Melaka - Rakyat Bantah Kenaikan Harga Tarif Baru Isu Air Di Melaka - Rakyat Bantah Kenaikan Harga Tarif Baru | Isu Kerajaan Malaysia

Search This Blog

Friday, June 17, 2011

Isu Air Di Melaka - Rakyat Bantah Kenaikan Harga Tarif Baru

Tahukah Rakyat Malaysia, Isu Air Di Melaka - Kami Bantah Kenaikan Harga Tarif Baru?

Penyokong Pakatan Rakyat Melaka dan jemaah masjid negeri - Masjid Al-Azim - berdemonstrasi membantah kenaikan harga air di negeri itu selepas solat Jumaat hari ini.

"Demonstrasi ini merupakan kemuncak kepada siri bantahan kita. Sebelum ini kita membuat kutipan tanda tangan daripada rakyat (membantah kenaikan air itu)," kata ketua penerangan Pemuda PAS negeri Muhamad Aizat Bahrudin.

Demontsrasi NGO Bantah Kenaikan Tarif Baru Air

Demonstrasi itu dianjurkan NGO bawah naungan Pemuda Pakatan Rakyat Melaka - Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM).

Muhamad Aizat yang juga anggota jawatankuasa NGO itu berkata, perhimpunan sepuluh minit itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Isu Air Bantah Melaka
Gambar Bantahan Rakyat Melaka Berhubung Isu Kenaikan Tarif Baru Air

Kira-kira 20 anggota polis mengawal keadaan di situ, tambahnya.

Awal April lalu, tarif baru air bagi pengguna di kawasan kediaman adalah 60 sen bagipenggunaan 20 meter padu. Tarif lama adalah 55 sen selepas 15 meter padu pertama.

Kenaikan Tarif Air Dikritik Hebat Kerana Bebankan Rakyat Malaysia

Kenaikan itu mendapat kritikan hebat pembangkang kerana didakwa tidak mengambil kira beban kewangan rakyat dan dibuat secara tergesa-gesa.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Muhamad Aizat memberitahu, turut hadir dalam program itu Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah.

Demo Isu Air Melaka
Gambar Demonstrasi Bantahan Kenaikan Harga Air Di Melaka

Sementara itu, selain berdemonstrasi, Muhamad Aizat juga berkata pihaknya akan meneruskan kempen kutipan tanda tangan bantahan, termasuk mengadakan majlis penerangan kepada orang ramai.

"Setakat ini kita telah mengutip 3,000 tanda tangan bermula April lalu. Kita sasarkan 10,000," katanya.


P/s: Penulis turut tidak menyokong kenaikan tarif baru air oleh pihak kerajaan. Isu air mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila semua harga barang dan sebagainya dinaikkan sewenang-wenangnya, tidakkah ini mengejutkan rakyat? Bagaimanakah kerajaan Malaysia yang dipimpin BN membelanjakan dana rakyat? Tidak anda terfikir untuk memberi peluang kepada Pakatan Pembangkang untuk memimpin Malaysia untuk melihat perubahan yang dapat dilakukan termasuklah mengheret orang kenamaan yang terlibat dalam rasuah dan penyelewengan kuasa.

No comments:

Post a Comment