Search This Blog

Monday, June 27, 2011

Isu PSM Komunis Hanya Lakonan Polis, KDN

Tahukah Anda Yang Isu Tangkapan Ahli Aktivis PSM Komunis Hanya Lakonan Polis, KDN?
 
Berkenaan isu terbaru penangkapan ahli aktivits Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa PSM cuba untuk menghidupkan semula fahaman komunis ekoran tangkapan 30 aktivis di Pulau Pinang.
 
Sebaliknya tegas Setiausaha Agung PSM S. Arutchelvan, pihaknya tidak mempunyai sebarang agenda untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong apatah lagi mahu menghidupkan semula gerakan Parti Komunis Malaysia (PKM) seperti mana yang didakwa.

“Pembohongan besar ini turut digunakan ke atas 30 orang peserta yang terlibat dalam Kempen Udahlah. Mereka yang sepatutnya dibebaskan, kini direman selama tujuh hari ekoran cubaan polis mengukir satu cerita fantasi di mana seksyen yang digunakan keatas mereka adalah Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

“Kenyataan pihak berkuasa dan dakwaan ke atas aktivis PSM adalah tidak berasas, tidak masuk akal, pembohongan, bermotifkan politik dan sandiwara dan oleh yang demikian, PSM meminta ke semua mereka yang direman dibebaskan serta merta dan pihak kerajaan meminta maaf atas tohmahan yang tidak berasas ini,” kata S. Arutchelvan dalam satu kenyataan sidang media.

Polis Pulau Pinang pagi tadi mengumumkan bahawa perintah reman akan dibuat ke atas 30 aktivis Bersih 2.0 yang juga ahli PSM mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana mereka berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.

 Gambar Ahli Aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang petang semalam cuba menghidupkan semula fahaman komunis di Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata lagi, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan mempunyai kaitan dengan fahaman PKM.

Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan Himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini.

Kempen PSM bertemakan “Udahlah tu... Bersaralah” itu dikatakan tertumpu ke bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu.

Semalam 14 wanita dan 17 lelaki yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) untuk dirakam percakapan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, seorang daripada aktivis berkenaan dibebaskan kerana masih di bawah umur manakala 30 yang lain kini direman bagi membantu siasatan.

Kata Datuk Abdul Rahim Jaafar lagi, perintah reman bagi semua mereka yang berusia 18 hingga 64 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang.

“PSM merasa lucu bahawa pemerintah cuba mengaitkan PSM dengan komunis dengan terjumpanya beberapa kemeja-T dan bahan-bahan yang mempunyai imej pemimpin komunis.

PSM Difitnah Polis / KDN

“Untuk makluman polis, ini adalah skrip zaman perang dingin di mana hari ini, semua bahan ini boleh didapati di pasaran dan dijual secara umum tanpa sebarang sekatan. Selain itu, kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan politik dengan Parti Komunsi Cina, Vietnam, Cuba dan lain-lain,” kata Arutchelvan.

Tegas beliau, PSM kini adalah sebuah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah tanpa terlibat dengan apa-apa agenda lain termasuk menyebarkan fahaman komunis.

“PSM adalah sebuah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah dan ini memang diketahui umum.

“PSM juga mengiktiraf sumbangan parti-parti kiri sebelumnya yang telah menyumbang kepada kemerdekaan negara seperti PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), API (Angkatan Pemuda Insaf), AWAS (Angkatan Wanita Sedar) dan PKM. Cubaan polis yang sering melabel parti-parti lain sebagai ejen PKM adalah satu taktik lama dan sudah basi,” katanya.

S. Arutchelvan tidak menolak kemungkinan penahanan aktivis parti itu di Pulau Pinang adalah satu tindakan terancang yang dilakukan untuk mewujudkan suasana “darurat” sebagai langkah menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Petang tadi Hishammuddin mempertahankan tindakan polis menahan 30 aktivis Bersih 2.0 di Pulau Pinang di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan sambil berkata ada alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka.


P/s: Penulis dah tau teknik kerajaan BN, peranan KDN dan Polis untuk mewujudkan kononnya keadaan adalah tidak selamat. Malah kemungkinan darurat bakal diumumkan bagi mengelakkan perhimpunan BERSIH 2.0 berlaku. Walaubagaimanapun, penulis harap pihak polis KDN melepaskan 30 ahli aktivis PSM yang difitnah itu dilepaskan, jangan biar rakyat marah ya, lakonan itu sudah dapat dikesan.
Read more >>

Anwar Ibrahim Tahu Najib Razak Buat Apa Semasa Di Port Dickson

Anwar Ibrahim Tahu Najib Razak Buat Apa Semasa Di Port Dickson (PD) Pada Tahun 1980-an?

Merujuk kepada Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah paling penting untuk menentukan sama ada lelaki dalam video seks adalah Anwar Ibrahim.

Memandangkan pakar asing dilaporkan berkata video seks tersebut yang menunjukkan pasangan melakukan aksi seks dalam sebuah bilik adalah 99.99 peratus menyerupai Anwar Ibrahim, maka Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata rakyat boleh menghakimi sendiri ketulenan video seks buatan Kerajaan BN tersebut.

Anwar Ibrahim berkata Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor tidak layak bercakap tentang moral, walaupun ketua umum PKR itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

Kata Anwar Ibrahim, beliau telah dicabar untuk mendedahkan apa yang beliau tahu tentang isu Port Dickson.

Gambar Anwar Ibrahim Tahu Najib Razak Di Port Dickson
Gambar Anwar Ibrahim Semasa Ceramah Di Pokok Sena, Kedah

Anwar Ibrahim merujuk kepada satu skandal yang didakwa berlaku pada pertengahan tahun 1980-an, ketika berucap dalam ceramah di Pokok Sena, Kedah malam tadi.

Bagaimanapun, kata Anwar Ibrahim, bukan cara beliau untuk mencerca atau memfitnah hanya untuk menang.

Sebaliknya, Anwar Ibrahim yang juga ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mahu menang dengan moral yang mantap.

Berucap kepada kira-kira 700 hadirin, Anwar Ibrahim berkata kerajaan Najib Razak tidak memberi respons sewajarnya terhadap semua isu yang dibangkitkan oleh para pembangkang tetapi sebaliknya cuba untuk mengalih isu yang dibangkit.


P/s: Penulis tahu yang Anwar Ibrahim ada strateginya sebelum mendedahkan apa yang Anwar Ibrahim tahu Najib buat apa semasa di Port Dickson (PD) Negeri Sembilan. Keaiban Najib pasti akan terbongkar jua suatu hari nanti, mampukah Najib bertahan?
Read more >>

Sunday, June 26, 2011

Isu Perhimpunan Patriot Lawan BERSIH 2.0

Tahukah Anda Isu Perhimpunan Patriot Lawan BERSIH 2.0?

Akan terjadikan perhimpunan besar-besaran penyokong baju kuning di Malaysia? Manakala jalan-jalan di Kuala Lumpur dijangka dibanjiri penyokong BERSIH yang berbaju kuning pada 9 Julai, Pemuda Umno pula akan tampil dengan baju merah.

Apa yang pada mulanya merupakan satu idea untuk melawan perhimpunan BERSIH 2.0, Pemuda Umno kini sudah mempunyai satu logo dan nama untuk perhimpunan anjurannya pada hari yang sama.

Menulis dalam twitternya mengenai perhimpunan 'Patriot' itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta penyokongnya supaya memakai baju merah untuk melawan baju kuning Bersih.

Gambar Khairy Jamaluddin Anjur Patriot Baju Merah
Gambar Khairy Jamaluddin Anjur Perhimpunan Patriot Lawan BERSIH

Mengapa pilih perkataan 'Patriot'? Menurut Khairy Jamaluddin kerana mereka mahu memberitahu rakyat bahawa mereka tampil menyokong sistem demokrasi dan perubahan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengulangi dakwaannya bahawa BERSIH 2.0 telah dicemari oleh politik pembangkang, Khairy Jamaluddin berkata, gabungan itu tidak lagi menjadi satu gerakan masyarakat sivil yang berkecuali.

Beliau mendakwa jawatankuasa BERSIH sering muncul di pentas pembangkang membuatkan mendapat idea baju merah untuk mewakili pihak kerajaan BN.

Khairy Jamaluddin berkata lagi, gabungan baju kuning itu telah menjadi sangat berat sebelah, condong kepada pembangkang dan mempunyai agenda politik yang tersembunyi iaitu menjatuhkan kerajaan BN seperti contoh di Asia Barat.


P/s: Penulis tidak terkejut, pihak baju merah (Patriot) akan melawan pihak baju kuning (Bersih 2.0) di Malaysia. Adakah suasana politik asia barat dan Thailand akan terjadi di Malaysia? Penulis harap isu perhimpunan Patriot lawan Bersih 2.0 ini tidak dicemari tindakan yang boleh menyebabkan situasi berdarah berlaku. Apa reaksi Perkasa?
Read more >>

Friday, June 24, 2011

Isu Foto Gambar Lucah Dalam Surah Yasin Di Masjid Negeri

Berkenaan Dengan Isu Foto Gambar Lucah Dalam Surah Yasin Di Masjid Negeri Pulau Pinang.
 
Sebanyak 11 naskhah Surah Yasin yang diletakkan sekeping gambar berwarna yang memaparkan pelbagai aksi lucah ditemui di Masjid Negeri Pulau Pinang, semalam.

Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang, Yusuff Ahmad berkata gambar lucah itu ditemui di dalam naskhah Surah Yasin di rak ruang solat utama masjid itu oleh seorang pengawal keselamatan masjid yang ingin membacanya sementara menunggu solat Asar pada kira-kira jam 4.30 petang.

"Beliau kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada siak masjid dan beberapa kakitangan lain termasuk saya. Apabila diperiksa, kami menemui 10 lagi naskhah Yasin yang turut mengandungi foto gambar lucah," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Yusuff Ahmad berkata naskhah Surah Yasin itu dipercayai baru diletakkan di rak berkenaan kerana keadaannya yang masih elok dan tidak terusik dan naskhah itu juga berbeza dengan naskhah Surah Yasin sedia ada di masjid.

Katanya seorang daripada imam masjid membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru, Air Hitam berhubung perkara gambar lucah dalam surah yassin itu, petang semalam.


P/s: Penulis berpendapat orang bukan Islam yang sanggup bertindak meletak foto gambar lucah dalam surah Yasin di Masjid Negeri Pulau Pinang. Namun, sangkaan penulis juga ada andai orang Melayu Islam sendiri turut terlibat. Manalah tahu kan? Ramai cuba untuk menenggang isu hubungan antara Melayu Islam dengan Cina dan India sejak akhir-akhir ini.

Read more >>

Wednesday, June 22, 2011

Isu Pelajar Kolej PTPL Hina Gambar DYMM Agong

Tahukah Anda Isu Beberapa Orang Bekas Pelajar Kolej PTPL Hina Gambar DYMM Agong?

Berita terkini polis telah menahan seorang bekas pelajar PTPL Kota Baharu ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes menghina gambar Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan dalam laman sosial baru-baru ini.

Lelaki berusia 24 tahun yang merupakan seorang penganggur, telah menyerah diri di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 8 malam dua hari lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, polis turut merampas sebuah komputer riba yang dibawa oleh lelaki itu yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.


Gambar DYMM Agong Malaysia Dihina Di Facebook Laman Sosial
Gambar DYMM Agong Dihina Di Facebook

"Siasatan awal polis mendapati dua individu yang disyaki terlibat dan kita masih mencari seorang lagi untuk membantu siasatan kes ini," katanya.

Pada 13 Jun lepas Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu FC membuat laporan polis berhubung kes penghinaan terhadap gambar Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah laman sosial iaitu di Facebook dengan mengubahsuai muka Seri Paduka Baginda. -Bernama.

Komen: Penulis hairan kenapa isu pelajar Kolej PTPL yang menghina gambar foto DYMM Agong cepat diambil tindakan. Bagaimana pula yang menghina agama? Baru-baru ini isu gambar kartun karikatur Utusan Malaysia yang secara sinis hina Islam tetapi tiada tindakan diambil? Kenapa jadi begini Malaysiaku?
Read more >>